Posts

Showing posts from June 3, 2012

Tekanan: Nyah Ko.....

Image
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.


Teknik atasi stress yang sihat, antara lain adalah:
Tidur Sejenak Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
Pengurutan Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
Mengekspresikan diri secara artistik Jadilah orang…

Kisah Rasulullah Yang Menunjukkan Tingginya Kasih Sayang Baginda

Image
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda…

Pesanan Kepada Kebenaran

Image
Aku adalah sama seperti kamu semuanya… hanyalah manusia mahluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, jangalah dinantikan hadirnya Dia (Pemimpin/Khalifah Umat Akhir Zaman) kepada kamu semua untuk membawa kemenangan seperti yang kamu semua menduga, sebaliknya hendaklah kamu semua bersatu menuju kedalam perjalanan kembali kepada perintah dan larangan Tuhan Yang Maha Esa, yang telah pun disampaikan melalui Utusan2Nya, dari mula mahluk manusia dicipta, bersangkutan turun menurun zaman berganti zaman yang ada, ilmu Tuhan rahsia yang tersimpan, hanya yang mengerti akan terbuka olehNya sesuatu yang selama ini tiada kelihatan, namun telah pun ada sejak sekian lamanya, Tuhan tidak pernah menutup, melainkan hambaNya sendiri yang (menutup) begitu asyik dan tenggelam didalam sandiwara dunia (mainan si pendusta). Berpesan2lah kita kepada Kebenaran…

Prinsip Pejuang

Image
Santun Budi Menyerikan Pekerti,
Santun Bahasa Mencerminkan Diri,
Berpegang Teguhlah Kepada Janji,
Untuk Menegakkan Kalimah Ilahi.

Laluan Dihadapan Mengharung Likuan,
Menempuh Kehidupan Yang Penuh Cabaran,
Berhatilah Melangkah Sewaktu Di Perjalanan,
Semoga Diri Tidak Terjerumus Didalam Kegelapan.

Janganlah Mudah Menyerah Kalah,
Tetapkanlah Iman Kepada Allah,
Harta Dan Nyawa Rela Diserah,
Itulah Prinsip Pejuang Fisabillillah.

=FaKiMi=


sekadar renungan mahluk bergelar insan…

1. titip hujan mengalun atap,
titip kasih mengalung rindu,
manis madu sisik di santap,
manis kata susuk hempedu.

2. layang burung merentang angin,
layang jiwa merentas sepi,
karam dilaut dasaran dingin,
karam di hati dataran api.

3. bayang gemilang sering di impi,
bayang sendiri tidak di peduli,
pahat mahligai sokongan sendi,
pahat kenangan catatan abadi.

4. selangkah pencak melenggok tari,
selangkah mara menggoncang naluri,
sangka diri manusia sejati,
sangka hidup tiada mati.

5. putih kain selimut badan,
putih hati selendang roha…

Discovery Channel to film Sarawak’s empurau

KUCHING: A Discovery Channel team will be in the state to film a documentary on the highly prized empurau fish .
Farmer-scientist Dr Elli Luhat, who is involved in empurau breeding, said his farm in Kuching would host the crew at the end of this month.
From there, he said they would move on to the interior, possibly somewhere near Bakun, to film empurau in their natural habitat as well as document recipes for the fish.
“Empurau is our legacy.
“This is a chance to show our legacy to the world. Apart from showing the methods used by the Dayaks to catch the fish, we want to show how the empurau affects the Dayak communities,” said Elli.
Elli has been rearing empurau since 2006 in several ponds at his farm in Taman Satria Jaya BDC, mainly for research purposes.
Empurau breed in the wild in streams and rivers mainly in the Kapit Division, although some are also found in Limbang Division and Ulu Baram.
The market price for 1kg of empurau can be between RM300 and RM500.
It is believ…

Teknologi, inovasi galak belajar BI

Pendidik harus guna pendekatan baharu selari peredaran zaman: Khair

KUCHING: Guru, pendidik, pereka kurikulum dan pembuat keputusan perlu memberi keutamaan dengan menggunakan teknologi dan inovasi terkini dalam bilik darjah bagi membantu memberi motivasi kepada pelajar belajar Bahasa Inggeris (BI).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, para guru kini tidak lagi harus menggunakan pendekatan yang sama seperti ketika dahulu memandangkan kini pelajar atau generasi baharu merupakan individu yang arif dalam teknologi terkini.
“Dari pemerhatian saya, kini tidak ada lagi generasi yang hanya duduk pasif dan memberi perhatian kepada apa yang guru nyatakan dan menulis di papan tulis. Mereka adalah generasi yang mindanya diprogram oleh teknologi untuk aktif serta secara visual.
“Saya percaya bahawa kita kini perlu memikirkan dengan serius tentang langkah untuk mengajar pelajar supaya mampu menampung gaya dan sentuhan pembelajaran visual mereka,” katany…