Gawai...merayakan hasil tuaian

Selamat hari gawai. penduduk Sarawak yang kebanyakannya masih bergantung kepada hasil tuian padi mereka akan merasakan perayaan ini amatlah bererti didalam kehidupan mereka sebagai seorang petani. Bayangkan jerih payah mereka yang berbanting tulang di dalam mengusahakan sawah padi mereka. Dari awal pembajakan sehingga penuian di bawah panas terik matahari dan akhirnya melihat hasil tuian yang begitu baik, pasti akan merasa kepuasan yang amat sangat.

Jadi, selayaknya lah mereka ini merayakan perayaan ini pada setiap awal Jun setiap tahun. Mereka akan merayakan dengan gembira kerana hasil tuian ini menyatakan usaha mereka yang selama ini telah membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam masa yang sama kepayahan selama ini terbalas dengan melihat tuian yang mendatangkan hasil ini.
Tidak hairanlah, kalau pada hari-hari perayaan ini, banyak saudara mara akan balik ke kampung halaman untuk merayakan perayaan ini Ini adalah masanya mereka akan bersama-sama merayakan hari Gawai bersama-sama dengan mereka yang menjadi "pemain sebenar" di dalam mengusahakan sawah bendang ini. Kehadiran sanak-saudara ini menambahkan lagi kemeriahan perayaan ini. Yang merantau juah di negeri orang akan balik ke kampung halaman bersama-sama merasakan kemenengan mereka yang memberi komitmen dan kehidupan mereka di dalam mengusahakan sawah bendang mereka.
Kita harus merenungkan erti perayaan Gawai ini dengan melihat "kehidupan sebenar" mereka ini. Merayakannya dengan penuh rasa hormat kepada hasil usaha mereka. Maksudnya di sini ialah, merayakannya dengan mengingati betapa pengorbanan "mereka" ini dengan tidak membazir apa berkat yang ada dianugerahkan. Merayakannya dengan rasa percaya bahwa setiap titik peluh mereka ini adalah usaha yang tanpa mengenal putus asa dan kepayahan.

petikan daripada:

Comments

Popular posts from this blog