Posts

Showing posts from March 21, 2010

kematian itu adalah rahsia Allah SWT kepada hambanya.

Image
Assalammualaikum WBT… Dirahsiakan Kematian Itu Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah SWT kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian seperti yang tertera dan tersebar dilaman-laman web memang tidak terdapat hadith-hadith yang sahih yang menyokong pendapatnya. Pattern atau corak penomboran seperti 100 hari, 40 hari,7 hari,3 hari dan 1hari ini merupakan perkara yang sinonim didalam upacara-upacara kematian, seperti kenduri arwah didalam alam Nusantara ini. Kemua ini tidak ada nas akan kebenarannya. Ternyata sekali bahawa saat kematian itu adalah rahsia Allah SWT kepada hambanya. Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa "kematian seseorang itu" adalah Rahsia Allah SWT: عنعبداللهبنعمررضياللهعنهماأنرسولاللهصلىاللهعليهوسلمقال : ( مفاتحالغيبخمس : ( إِنَّاللَّهَعِندَهُعِلْمُالسَّاعَةِوَيُنَزّلُالْغَيْثَوَيَعْلَمُمَافِىالأرْحَامِوَمَاتَدْرِىنَفْسٌمَّاذَاتَكْسِبُغَداًوَمَاتَدْرِىنَفْسٌبِأَىّأَرْضٍتَمُوتُإِنَّاللَّهَعَلَي…