Posts

Showing posts from January 10, 2010

jgn terlalu susah hati‏

Image
Assalamualaikum , doa utk semua sahabat sihat sejahtera n dlm lindungan Allah selalu.. jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanyaJangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabi…

Antara Orang Paling Cerdik Dan Bodoh

Image
Assalammualaikum WBT..Antara Orang Paling Cerdik Dan BodohSebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh).-Sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat..-

Ayat2 Al-Quran dan Motivasi Diri

Image
Assalammualaikum WBTAyat2 Al-Quran dan Motivasi DiriKenapa aku diuji? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3) Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?"…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) Kenapa ujian seberat ini?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) Kecewa?"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139) Bagaimana harus aku me…

3 Perkara Yang Disukai

Assalammualaikum WBT… 3 Perkara Yang Disukai Daripada kitab Munabihat yang ditulis oleh Hazrat Hafiz Ibnu Hajar r.ah. menceritakan dalam satu majlis semasa bersama-sama dengan para sahabat, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah SWT menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini iaitu: ·Wangi-wangian ·Wanita ·Solat yang menjadi penyejuk mataku dan." Hazrat Abu Bakar r.a berkata, "Segala yang disabdakan oleh tuan itu benar. Saya juga menyukai tiga perkara iaitu: ·Melihat wajah Rasulullah SAW ·Harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah SAW dan.. ·Anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah SAW Kata Hazrat Umar r.a, "Benar, wahai Abu Bakar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu: ·Amar bil maaruf (menyuruh berbuat baik), ·Nahi anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan .. ·Memakai pakaian yang usang Hazrat Uthman r.a berkata, "Segala yang kamu kata itu benar, wahai Umar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu: ·Memberi makanan kepada orang lapar, ·Memberi pakaian kepada orang …

FADHILAT-FADHILAT SELAWAT

Assalammualaikum WBT… FADHILAT-FADHILAT SELAWAT 1. Firman Allah: Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda. (Surah Al-Ahzab: 56) 2. Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali. (Hr Muslim) 3. Rasul s.a.w: Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak selawatnya kepadaku. (Hr Tirmizi) 4. Sabda Nabi s.a.w: Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut disisinya. (Hr Tirmizi) 5. Rasulullah s.a.w bersabda: Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya: "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya&qu…

Iman Semut vs Iman Manusia

Image
Assalammualaikum WBT.. Iman Semut vs Iman Manusia Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasiryang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong…

KISAH MODEN PENUH TELADAN

Image
Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa a…

Jujur dalam Bergurau Senda

Image
Assalammualaikum WBT..Jujur dalam Bergurau SendaHidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk …

Menjana Kehebatan dalam Pergaulan

Image
Assalammualaikum WBT.. Menjana Kehebatan dalam Pergaulan Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan
ketua jabatannya. Seterusnya.. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar
kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan
memaafkan semua orang sebelum …

Mencintai Dunia Satu Kegelapan, Penerangnya adalah Taqwa

Image
Assalammualaikum WBT.. Mencintai Dunia Satu Kegelapan, Penerangnya adalah Taqwa "Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah orang yang lebih bertaqwa" (Surah Al Hujarat : Ayat 13) Kebanyakkan manusia menganggap kebahagiaan itu terletak kepada kekayaan, pangkat dan kedudukan tinggi. Lantaran itu tidak hairanlah manusia berlumba-lumba mencari kemewahan hidup sehingga kadangkala lupa tanggungjawab kepada Allah SWT. Menurut pandangan Islam, kebahagiaan akan tercapai sekiranya : 1.Mempunyai hati yang sentiasa tenang dan lapang 2.Perhubungan persaudaraan yang baik sesama saudara, jiran dan masyarakat 3.Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan soleh 4.Memiliki isteri yang solehah Dalam konteks ini, ilmu memainkan peranan yang penting dalm membentuk peribadi seseorang. Ilmu-ilmu mengenai akhirat sangat-sangat dituntut mempelajarinya. Orang yang berilmu akan menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur dan tersusun. Saidina Ali r.a. pe…

Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

Image
Assalammualaikum WBT.. Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat Ada seorang rakan saya meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih ker atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah. Oleh sebab itulah dia meminta saya menulis tentang tips dan panduan bagaimana cara terbaik dan praktikal untuk dia amalkan supaya dapat menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Solat itu tiang agama! Solat itu tiang agama! Berikut adalah jawapan saya: Alhamdulillah, pertamanya ingin saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda kerana mempunyai kesedar…

Inikah Kita Di Hadapan Allah?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan.

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah te…

What is Love?

Children have a lot to say if you just listen...

Slow down for three minutes to read this. It is so worth it.
Touching words from the mouth of babes.
What does Love mean?
A group of professional people posed this question to a group of 4to 8 year-olds, "What does love mean?"

The answers they got were broader and deeper than anyone couldhave imagined. See what you think:

"When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love.">>> Rebecca- age 8

"When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth.">>> Billy - age 4

"Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other.">>> Karl - age 5

"Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries w…

Fakta² Yg Kita Tak Tau!!!‏

Image
Ala2 Discovery Chanel kan. So for all of you out there wo got nothing to do, please read. dapat gak knowledge.

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu &! nbsp; bila kita flush.

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah s…