Aku Bersujud

Solat Untuk Keredhaan Allah SWT

Rate This
Quantcast


Hadith 2

Daripada Abu Zar Radiallahuanhu berkata, “Suatu ketika Rasullullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda

“Wahai Abu Zar.” Saya menyahut,”Saya Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda,” Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan

Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi SAW iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tiada satu dosa pun yang tertinggal. Walau bagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan kepada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan al-Quran dan hadis menyatakan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amal2 kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah SWT mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahhmatNya.

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Manfaat Solat

Rate This
Quantcast

Sesungguhnya solat adalah satu amalan yang begitu bernilai dan amat besarlah manfaatnya. Selain mendapat keredhaan Allah swt, solat juga menjadi sebab sebab kita terselamat daripada kesusahan didunia dan memperoleh ketenteraman jiwa. Ibnu Sirin rah. berkata, ” Sekiranya aku diberi pilihan antara memasuki syurga dengan mendirikan dua rakaat solat maka solatlah yang akan menjadi pilihanku kerana masuk ke syurga adalah semata-mata kesukaanku, sementara dua rakaat solat pula untuk keredhaan Tuhanku (Jami’ul Shaghir)

Rasulullah saw telah bersabda, ” Patutlah dikagumi seorang Islam yang ringan bebanan hidupnya (tiada bebanan yang banyak daripada ahli keluarganya) mempunyai banyak masa lapang untuk mendirikan solat, sabar menjalani hidupnya dengan rezeki sekadar mencukupi keperluan, mengerjakan amal ibadat dengan baik, tidak dikenali ramai, meninggal dunia ketika usia muda, tidak banyak meninggalkan harta pusaka, dan tidak ramai orang yang menangisi kematiannya.”

Dinyatakan dalam sebuah hadith, ” Banyakkanlah mengerjakan solat (sunat) di rumah-rumah kamu, solat akan menambahkan kebaikan dalam rumahmu (Jami’ul Shaghir)

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih
Rate This
Quantcast

Menurut ijma’ (kata sepakat) ahlu sunnah wal jama’ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdhal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi s.a.w sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.

Baginda s.a.w pernah bersabda, ” Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku.”

Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata, ” Alangkah baiknya andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang.”

Kadang-kadang beliau berkata, ” Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan ternakan.”

Kadang-kadang beliau berkata,” Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin.”

Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata, ” Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum, kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atas mu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakar seperti kamu. ” (Tarikhul Khulafa’)

Hazrat Rabi’ah Aslami r.a menceritakan, ” Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, ” Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.”

Saya enggan menyatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, ” Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya ataupun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w. “

Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang dan berkata, ” Adakah ini suatu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w”

Saya menjawab , ” Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar As-Siddiq r.a. Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan baginda s.a.w, Allah juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi’ah.”

Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun bersabda, ” Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, ” Wahai Abu Bakar, semoga Allah s.w.t mengampuni kamu.”

Keterangan

Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.w.t. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi’ah r.a mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun berfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.

Wallahua’lam

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Keampunan Allah SWT

Rate This
Quantcast


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah saw bersabda: Allah swt berfirman, ” Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingati Aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam perhimpunan, maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari. ” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Keterangan

Berbagai-bagai perkara diterangkan dalam hadith ini. Pertama, ” Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu’ bermaksud, hendaklah kita senantiasa mengharapkan kurniaan dan rahmat daripada Allah swt, janganlah sekali-kali putus asa atas rahmatNya. Sememangnya kita adalah pendosa dan kita meyakini bahawa segala dosa dan perbuatan kita itu pasti akan dibalas. Namun begitu, janganlah sekali-kali berputus asa daripada rahmat Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk mengampuni keseluruhan dosa kita dengan rahmat dan kemurahanNya semata-mata. Terdapat dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya dan Dia mengampuni dosa yang selain dari pada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (An-Nisa: 116

Akan tetapi tidaklah semestinya segala dosa akan diampuniNya. Lantaran itu para ulama mengatakan bahawa iman adalah antara harap dan takut.

Satu ketika Nabi saw mengunjungi seorang sahabat muda yang berada dalam keadaan nazak. Baginda saw bertanya kepada, ” Bagaimana keadaan kamu?” Jawabnya, ” Wahai Rasulullah, aku mengharapkan rahmat Allah swt dan aku takut mengenai dosa-dosaku.

” Sabda Baginda saw:

“Jika kedua-duanya yakni harapan dan ketakutan didapati dalam keadaan seperti ini, maka pasti Allah swt akan mengurniakan apa-apa jua yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa saja yang ditakuti (Jam-’ul- Fawaaid)

Rate This
Quantcast

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu

Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu

Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Kebesaran-Mu Tuhan

Muhkam dan Mutasyaabih

Rate This
Quantcast

Muhkam

Ayat – ayat yang terang tanpa ada kesamaran sama sekali memahaminya
Mutasyaabih

Ayat – ayat yang tidak dimengerti oleh orang awam, hingga menimbulkan keraguan

Ada dua jenis ayat mutasyaabih dalam Al-Quran:

  1. Mutasyabih hakiki, yakni maknanya tidak dapat diketahui oleh akal manusia. Misalnya ayat ” Yang bersemayam di atas Arasy”. Ini adalah mutasyaabih asli
  2. Mutasyaabih Relatif, yakni tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, tapi diketahui oleh ahli tafsir atau sesiapa yg mendalami ilmu Al-Quran

(Syaikh Ibn Othaimiin, Usyul at-Tafsir)

Dalam surah An-Nisa, ayat 12:

“Jika seseorang itu mati dan mewariskan kalalah”

Saidina Omar tidak memahami maksud kalalah.

Seterusnya turun ayat berikut (176):

Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah ). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Saidina Omar masih lagi tidak memahami istilah kalalah.

Akhirnya, Abu Bakar As Siddiq menjelaskan kalalah bermaksud orang yang tidak mempunyai bapa dan anak. (Rumusan ayat 12 dan ayat 176)

Kesimpulan

Para ulama berbeda kemampuan dan kecerdasan untuk memahami maksud dalil/nas. Jadi perselisihan para ulama dalam memberi fatwa itu adalah perkara biasa dan berlaku dalam kalangan sahabat.

Petikan: http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/02/ayat-ayat-mutasyabihat.html
1 Votes
Quantcast

Ketika Imam Ibrahim bin Adham ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:-

  1. Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada Nya
  2. Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
  5. Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya
  6. Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang mendekatkan kamu kepadanya
  8. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya
  9. Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri
  10. Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati,tetapi kamu tidak mengambil i‟tibar /daripadanya.
Petikan: HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH, Sektor Pengurusan Islam dan Moral
Rate This
Quantcast

  1. Orang yang dizalimi (sekalipun ia jahat atau kafir mua‟had (Al Bukhari , Abu Daud ,At Tirmizi dan Ahmad)
  2. Orang yang sedang bermusafir sehingga dia pulang (Muslim, At Tirmizi dan Al Bazzar)
  3. Kedua ibubapa yang mendoakan keburukan ke atas anaknya (Abu Daud, At Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)
  4. Orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka (At Tirmizi, Al Bazzar dan An Nasa’i)
  5. Imam (pemimpin) yang adil (yang meletakkan sesuatu sesuai dengan kehendak islam) (At Tirmizi dan Al Baihaqi)
  6. Orang yang banyak berzikir kepada Allah (Al Baihaqi)
  7. Seorang mu‟min yang berdoa untuk kebaikan saudara seagamanya tanpa pengetahuannya (Al Bukhari, Abu Daud dan At Tirmizi)
  8. Orang yang sedang mengerjakan ibadat haji dan umrah sehingga dia pulang ke tanahairnya (Al Baihaqi dan Ibnu Majah).
  9. Orang yang berperang (berjuang) pada jalan Allah sehingga dia pulang (Ibnu Majah dan Al Baihaqi)
  10. Orang yang sedang sakit atau ditimpa bala sehingga dia sembuh atau bebas dari bala itu (Al Baihaqi ,At Tabrani dan Said Ibnu Mansur)
  11. Orang yang mendoakan untuk kebaikan mu‟minin dan mu‟minat secara umum (keseluruhan) (Ad Dailami)
  12. Orang yang banyak berdoa ketika dalam keadaan senang (At Tirmizi dan Al Hakim)
  13. Orang yang melapangkan kesusahan orang lain (Ahmad)
  14. Orang tua yang rajin beramal dengan sunnah (At Tabrani)
  15. Ahli Al Quran yang beramal dengan isi kandungannya (Al Baihaqi)
  16. Doa orang yang diberikan bantuan untuk kebaikan pemberinya (Ad Dailami)
  17. Golongan yang berhimpun untuk berdoa dan mengucapkan ”Amin” kepada Allah S.W.T (Al Hakim dan Abu Nuaim)
  18. Orang yang sedang berada dalam kesusahan (Abu Nuaim , dan Al Baihaqi) (1)

Rujukan:

(1) : Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini (Muka surat 20)

Petikan: HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH , Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Rate This
Quantcast

Hazrat Nadhr bin Abdullah r.a menceritakan, “Pada suatu ketika semasa hayat Hazrat Anas r. a cuaca menjadi sangat gelap pada waktu siang. Saya pergi menziarahi beliau dan bertanya, ” Adakah peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Beliau menjawab, ” Aku berlindung dengan Allah s.w.t. Pada zaman Rasulullah s.a.w apabila angin bertiup lebih kencang daripada biasa maka kami terus berlari ke masjid kerana takut berlaku kiamat. “

Seorang sahabat lagi, Hazrat Abu Darda’ r.a menerangkan, ” Menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila berlaku ribut, Baginda akan masuk ke masjid dengan perasaan bimbang. ” (Jam’ul Fawaid)

Keterangan

Walaupun pada hari ini berlaku sebesar-besar bencana, musibah dan bah, siapakah yang teringat akan masjid? Tidak hairanlah dengan keadaan orang awam. Adakah pembesar-pembesar agama mengambil berat tentang perkara ini? Fikirkan jawapanmu dalam hati kamu…

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Aku Bersujud – Video

1 Votes
Quantcast

Aku Bersujud

Aku malu berharap Engkau mengerti lagi
Atas kesalahan yang pernah aku perbuat
Hati dan perasaan ku mulai teruji
Selembut doa dalam hati Kau mengetahui

Kala panggilan Mu
Aku mohon ampunilah aku

Aku bersujud
Aku berdoa
Hanyalah padaMu
Ya Tuhanku

Aku memohon
Keringanan hati
Menentukan pilihan
Menuju rahmatMu

Ya Tuhanku

Comments

Popular posts from this blog