kematian itu adalah rahsia Allah SWT kepada hambanya.

Assalammualaikum WBT…

Dirahsiakan Kematian Itu

Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah SWT kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian seperti yang tertera dan tersebar dilaman-laman web memang tidak terdapat hadith-hadith yang sahih yang menyokong pendapatnya. Pattern atau corak penomboran seperti 100 hari, 40 hari,7 hari,3 hari dan 1hari ini merupakan perkara yang sinonim didalam upacara-upacara kematian, seperti kenduri arwah didalam alam Nusantara ini. Kemua ini tidak ada nas akan kebenarannya. Ternyata sekali bahawa saat kematian itu adalah rahsia Allah SWT kepada hambanya.

Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa "kematian seseorang itu" adalah Rahsia Allah SWT:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مفاتح الغيب خمس : ( إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ )

Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :"Kunci lima yang ghaib/rahsia adalah : Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahun mengenai waktu Kiamat, dia yang menghantarkan hujan, dia mengetahui apa yang didalam rahim [wanita], tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu dibumi mana ia akan mati" -

Tarikh kematian seseorang itu dirahsiakan oleh Allah SWT adalah sebagaimana Allah merahsiakan HARI atau WAKTU (al-saa'ah) berlakunya kiamat. Sheikh Al-Alusi (Tafsirr al-Manaar) didalam komentarnya terhadap waktu Kiamat dan juga kematian, katanya :

وإنما أخفي سبحانه أمر الساعة لاقتضاء الحكمة التشريعية ذلك ؛ فإنه أدعى إلى الطاعة ، وأزجر عن المعصية ، كما أن إخفاء الأجل الخاص للإنسان كذلك . . . وتدل الآيات على أنه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لم يعلم وقت قيامها ، نعم علم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قربها على الإجمال ، وأخبر صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ به

"Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakan ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi SAW tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda SAW memberitahu kita yang itu"

Dari Imam Muslim (hadith no:2947), Nabi SAW bersabda :

أ بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سِتًّا : طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا ، أَوْ الدُّخَانَ ، أَوْ الدَّجَّالَ ، أَوْ الدَّابَّةَ ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ ، أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ .

"Bersegera melakukan amal sebelum enam perkara : Matahari naik sebelah barat, atau keluar asap, atau keluar Dajjaal, atau keluar Binatang (Ad-Daabbah), atau perkara yang khas untuk seseorang atau perintah yang melibatkan semua"

Ulama mentafsirkan "perkara yang khas untuk seseorang" sebagai kematian seseorang. Hadith ini menunjukkan seseorang itu harus memastikan dirinya bersegera melakukan perkara kebaikkan sebelum berlakunya akhir zaman atau pun akhir zaman pada dirinya, iaitu MAUT.

Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh disebut ialah :-

1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah SWT dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar

2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi SAW menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati

3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.

4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang

5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah SWT, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan kualiti ibadat seseorang.

6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah SWT selalu.

7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia

Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut.

Wassalam

Rujukan :-

1. Al-Harf. Tafsir Al-Manaar.

2. Al-Harf. Shahih Bukhari dan Muslim.

Petikan: http://qazikirdandoa.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog