Allah Menjawab Bacaan Al-Fatihah

Assalammualaikum WBT…



Allah Menjawab Bacaan Al-Fatihah



« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »


"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab :



“Hambaku memujiku”.



Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman :



“Hambaku telah memuja muji ke atasku.”



Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab :



“Hambaku memuliakan aku” -dan ia berkata “Hambaku menyerahkan kepadaku”-



Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman :



"Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta".



Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdhollin) Maka Allah menjawab:



“Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta”



(Riwayat Muslim 3/94, hadis no. 904)



Petikan: http://soalsolatumum.blogspot.com



Oleh itu saudara – saudari sekalian, perbetulkanlah bacaan Al-Fatihah ketika kita hendak bersembahyang kerana sesungguhnya rahmat Allah itu datang dalam kekhusyukkan, keikhlasan serta kesungguhan kita ketika mengadapNya. InsyaAllah….

Comments

Popular posts from this blog