Lasagna




Jom masak kat rumah.

Bahan-Bahan
250 gram kulit lasagna (masak dan toskan ok) (yang bagus nyer jenama Remo)
280 ml susu kotak (susu yang Giant pun ok)
2 ½ sudu besar tepung gandum
1 ketul kiub ayam
1 biji bawang merah besar (potong dadu)
1 biji bawang besar bombay (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang)
200 gram isi ayam (potong dadu)
150 gram daging cincang
1 sudu teh rempah (ada nama oregano dan basil)
sedikit minyak
180 gram tomato puree
1 biji tomato (dipotong dadu)
sedikit air dan minyak
garam dan gula(satu sudu teh) dan lada hitam
30 gram butter (anggaran je ok)
2 ½ sudu besar parmesan cheese (kalau nak lebih silakan)
1 sudu daun parsley (kalau ade, kalau tidak daun bawang / daun ketumbar pun okay juga)
Cara Membuat
1.Cairkan butter dan masukkan susu ke dalam kuali. Masuk bawang merah, ½ kiub ayam dan hingga layu. Masuk tepung gandum yang telah dicairkan. Ketepikan (Kuah Putih)
2.Minyak dipanaskan dan masukkan ayam, daging hingga kekuningan. Masukkan bawang bombay, bawang putih, ½ kiub ayam. Masukkan tomato puree, tomato, rempah (oregano dan basil) dan air. Garam lada dan gula. Masak hingga ayam dan daging masak. (Kuah Merah)
3.Sediakan acuan dan susun lasagna. Sapukan kuah putih pada lasagna. Lapiskan dengan kuah merah. Lapiskan berlapis-lapis sehingga habis. Pada bahagian atas taburkan parmesan cheese dan daun parsley/bawang/ketumbar.
4.Bakar pada suhu 190'c selama 13 ke 15 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Sedekah yg pahalanya terus mengalir