Posts

Showing posts from September 21, 2008

lawak pendek...‏

Image
Burung Kakak Tua
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diamitu RM1000.Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.Peserta pertama dari Amerika..Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.Peserta kedua dari Jepun..Baru 10 minit dia sudah pengsan.Peserta ketiga dari Afrika,Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.Terakhir peserta dari Bangladesh ...Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-…

ada orang sebut ... Selamat Hari Raya Puasa ... Salam Aidilfitri ... Salam Syawal ..... atau apa ajer bunyinya ... yang penting kita cuti panjang ....

Image
Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung jangang gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau melilau merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(Org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal kome selamat sampai

Kedah...

Aloq Setaq berputaq-putaq
Lapaq perut makan kuih pau
Macam mana kami tak ketaq
Nak kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq keda…

" I HAVE NO TIME......"

Image
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telahdipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi kemasjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalambas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yanglebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepadadirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak belitosei pun tak cukup", kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bastersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling kearah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadikamu…