Posts

Showing posts from April 27, 2008

Been Such A Very Long Time

Woooo. Lama nya dah tak update any news. Bukan merajuk tapi hati sedikit terluka. Hati itu sangat rapuh. Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati itu bukan saja fizikal, tetapi juga halus. Hati adalah tempat perasaan kita bernaung. Hati mempengaruhi pilihan kita. Baik atau buruk. Pengaruhnya kuat. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.Kita ada berapa hati? Cuma satu. Kalau kita dilukai, sakit nya kita rasa dihati. Aku tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati. Jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak. Hati yang rosak boleh mengundang maut. Orang tua kata kalau hati sakit boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada jangan sampai terluka... kerana ia merbahaya.Hati adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam dalam hati. Kemudian berbenih dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirny…