Kerja Adalah Sebuah Kehormatan

Kali pertama i read this story, it really touch me a lot. hope u like it as well.
Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah restoran, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya
"Bang, mahu beli kuih, bang ?"
Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab....
"Tidak, abang sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya,
"Bang, mahu beli kuih, bang ?"
Pemuda tersebut menjawab...
"Tidak dik, abang sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan bergerak keluar dari restoran tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir...
"Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole-ole buat orang di rumahnya."
Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini. Saat pemuda itu keluar restoran, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk ketiga kali,
"Bang mahu beli kuih saya ?".
Kali ini pemuda itu merasa kasihan untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya,
"Dik, ambil wang ini. Abang tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari abang buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta sedekah. Betapa terkejutnya pemuda itu. Sambil memerhati adik kecil tersebut dia tertanya kenapa bila diberi wang tak disimpannya malah diberikan pada orang lain ?. Lalu pemuda itu bertanya,
"Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum dan menjawab,
"Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatannya, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatannya habis terjual. Wang yang saya berikan kepada ibu nanti adalah hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis, maaf yer bang...".
Pemuda itu kagum dengan kata-kata yang diucapkan oleh penjaja kuih yang masih sangat kecil mempunyai etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan".
Kehormatan anak kecil itu akan berkurangan di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dari berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah menjadi satu kebencian bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah, dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang. Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan".
Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik. Semoga cerita di atas boleh menyedarkan kita tentang pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai kita menjadi alpa kerana wang sehingga melupakan apa pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil manapun kerjaya itu asalkan halal, kalau kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh, pastilah akan berkat dengan izin Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Sedekah yg pahalanya terus mengalir